BAHAGIAN REKAAN – Pada 27 hingga
30 April yang lalu, Noor Iza Kasim, pereka daripada Bahagian Rekaan Ibu Pejabat
telah ditugaskan bersama Pegawai Ehwal Ekonomi Bahagian Pasaran dan Promosi
Puan Easter Karen untuk menyertai Pameran Perdagangan Hong Kong Gifts & Premium 2015 yang bertempat di
Hong Kong Convention & Exhibition
Center. Pada
tahun ini dibawah pavilion Kraftangan
Malaysia seramai lapan orang usahawan kraf telah menyertai pameran ini yang terdiri
dari bidang kraf seramik, piuter, batik, kayu dan upih pinang. Antaranya, Gahara
Galore Sdn Bhd, Cliff Ink Sdn Bhd, Salam Oriental Greetings dan Clent
Industries Sdn Bhd.
Tinjauan Produk
Baru di Hong Kong Gifts &
Premium Fair 2015
a) Bahan dan Rekaan Produk Cenderamata
- Setiap produk yang dipamerkan di pameran Hong Kong Gifts & Premium Fair 2015 mempunyai kelainan tersendiri termasuk dari segi penggunaan bahan
mentah dalam menghasilkan sesuatu produk. Antaranya ialah kertas, plastik,
bahan yang dikitar semula, pu leather,
pvc, kayu, seramik, tekstil dan banyak lagi. Walaubagaimanapun, terdapat
usahawan yang menggunakan bahan sintetik dan plastik sebagai bahan utama kerana
faktor harga yang lebih murah.
- Penggunaan
rekabentuk geometrik dan warna-warna yang terang diaplikasikan diatas produk
yang ditampilkan pada tahun ini, ianya
selari dengan trend warna
2015.
- Pameran
ini juga lebih banyak menumpukan produk-produk yang dapat dihasilkan secara mass-production. Fungsi dan keunikan
pada sesuatu produk adalah ciri utama
diterapkan bagi menarik minat
pedagang.
- Keseluruhan
produk cenderamata yang dipamerkan adalah lebih kurang sama dari segi bentuk,
rekaan dan fungsi. Walaubagaimanapun,
dari segi kualiti, warna, penggunaan bahan dan teknik kemasan yang digunakan atas permukaan produk
oleh setiap usahawan adalah berbeza.
- Hampir
keseluruhan produk yang ditampilkan adalah sesuatu yang mampu dimiliki dan
sesuai untuk semua golongan dan bukan tertumpu kepada produk high end
sahaja. Kebanyakan produk
yang dipamerkan adalah produk bingkai gambar, aksesori gadget, keychain, packaging, kotak cenderamata, shawl, pasu hiasan, aksesori perhiasan diri,
beg, aksesori wanita, dan sebagainya.