Saturday, November 10, 2012

PROGRAM BICARA KREATIF ANJURAN PUSAT REKAAN KRAF BAHAGIAN REKAAN

KOMPLEKS KRAF,  9 Nov. - Pusat Rekaan Kraf, Bahagian Rekaan telah berjaya menganjurkan Program Bicara Kreatif bersempena Promosi Kraf Inspirasi Alam 2012 pada 5 hingga 8 November 2012. Program yang diadakan merupakan salah satu aktiviti yang dirangka oleh Pusat Rekaan Kraf bagi penyebaran maklumat kepada usahawan kraf dan pelajar. Program ini telah menarik pelajar-pelajar dari IKN dan UPM selain usahawan kraf sendiri. Semoga program seperti ini dapat menarik lebih ramai lagi penyertaan terutama dari pereka.


Thursday, November 1, 2012

PROMOSI KRAF INSPIRASI ALAM 2012




SEMUA DIJEMPUT HADIR. MASUK ADALAH PERCUMA.

Tuesday, October 16, 2012

Makmal Pasaran & Pembangunan Produk Bil. 03/2012


BAHAGIAN REKAAN – Pada 16 - 18 Oktober 2012, Bahagian Rekaan, Kraftangan Malaysia telah mengadakan Makmal Pasaran dan Pembangunan Produk Bil 03/2012 dengan kerjasama Bahagian Pasaran & Promosi. Makmal ini telah diadakan selama 3 hari bertempat di Mines Wellness Hotel, Mines Resort City Seri Kembangan, Selangor. Seramai 70 pereka dan 36 anggota kerja Bahagian Promosi ibu pejabat dan cawangan  telah menghadiri makmal ini.

Makmal rekaan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua anggota kerja ibu pejabat dan cawangan dari Bahagian Rekaan dan Bahagian Pasaran & Promosi dalam menghasilkan sesuatu yang baru dan berbeza dalam pembangunan reka bentuk kraf tempatan dalam Promosi Domestik dan Antarabangsa sepanjang tahun 2013.

Majlis dimulakan dengan ucapan kata alu-aluan dari Ybhg. Encik Mohd Kamil Mohd Ali, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia.


Diantara Program yang telah dijalankan semasa Makmal Pasaran dan Pembangunan Produk Bil.03/2012 adalah seperti berikut :-

Seminar Motivasi bertajuk "Menganjak Sikap, Mengupaya Organisasi" oleh Puteh Consultant




Pembentangan Cubism Concept Oleh Encik Yusak Mahamud, Pengarah Bahagian Rekaan



Percambahan Fikiran bagi Konsep dan Aktiviti bagi Tahun 2013


Pembentangan oleh ketua Kumpulan bagi sesi Percambahan Fikiran bagi Konsep dan 
Aktiviti bagi Tahun 2013


Pembentangan Pengetahuan dan Pengalaman Pereka-Pereka dan Pegawai Promosi bagi Program Promosi Antarabangsa Domestik bagi tahun 2012


Mesyuarat Pereka-Pereka Kraftangan Malaysia Bil.03/2012 dan 
Pembentangan Prestasi Pembangunan Produk Rekaan & Prototaip Bagi Tahun 2012 


Wednesday, October 3, 2012

Makmal Rekaan Tekstil Fesyen Komersial 2012


BAHAGIAN REKAAN – Pada 19-23 September 2012, Unit Tekstil, dengan kerjasama Unit Fesyen Bahagian Rekaan, Kraftangan Malaysia telah mengadakan Makmal Rekaan Tekstil Fesyen Komersial 2012 bersempena dengan promosi yang akan diadakan. Makmal rekaan ini telah diadakan selama 4 hari bermula pada 19 - 23 September 2012 bertempat di Hotel Cititel, Pulau Pinang seramai 14 orang pereka kraf dan 31 usahawan  berserta tukang jahit yang terdiri daripada Negeri Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.            

Makmal rekaan ini bertujuan untuk mendedahkan usahawan tekstil dan tukang jahit bekerjasama dalam menghasilkan produk siap (pakaian) komersial untuk pengeluaran. Selain itu, ianya bertujuan meningkatkan kreativiti dan inovasi dalam pembangunan produk batik dan kepelbagaian sumber bahan dan teknik-teknik mengikut konsep POP ART.






Monday, September 3, 2012

Peragaan Fesyen sempena Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri- Menteri Ekonomi ASEAN ( AEM Retreat )




 CAMBODIA, 29 Ogos 2012 Bahagian Rekaan Kraftangan Malaysia telah memperagakan  9 helai koleksi pakaian menggunakan kraf negara seperti batik dan songket bagi acara ASEAN fashion Show pada 28-30 Ogos 2012, yang turut disertai negara- negara ASEAN yang lain bagi meraikan majlis Gala Dinner bersempena Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-menteri Ekonomi ASEAN ( AEM Retreat ) anjuran Kementerian Perdagangan Kemboja dengan kerjasama Persatuan Pengilang Pakaian Kemboja dengan diselaraskan dengan kerjasama daripada pihak MATRADE Malaysia.



Wednesday, August 8, 2012

Slot Wawancara Selamat Pagi Malaysia sempena Promosi Kraf Aidilfitri 2012


ANGKASAPURI, 2 Ogos 2012 Pereka Kraftangan Malaysia iaitu Encik Azran Arip telah diwawancara secara langsung TV1 bagi program Selamat Pagi Malaysia bertempat di studio 2, Wisma TV, Angkasapuri. Wawancara ini bertujuan bagi mempromosikan Promosi Kraf Aidilfitri yang sedang berlangsung pada 1 hingga 12 Ogos 2012.
Sebanyak 6 helai koleksi pakaian telah diperagakan pada hari tersebut. Koleksi pakaian yang diperagakan adalah pakaian moden kontemporari dan baju melayu. Koleksi pakaian yang diperagakan merupakan hasil rekaan daripada Makmal Rekaan Fesyen Komersial sempena Promosi Kraf Aidilfitri 2012 yang telah dilaksanakan pada 12-15 Jun 2012 di Impiana Resort Cherating, Pahang. Istimewanya koleksi pakaian ini telah diperagakan oleh anggotakerja Kraftangan Malaysia sendiri.


Laporan daripada Aida Zulkaffli, Unit Fesyen

Wednesday, August 1, 2012

Promosi Kraf Aidilfitri 2012

Promosi Kraf Aidilfitri kini sedang berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur........


Wednesday, July 25, 2012

Mesyuarat Persembahan Rekaan Bil. 12/2012


Tarikh : 25 Julai 2012 (Rabu)
Masa  : 9.00 pagi
Tempat : Pusat Rekaan Kraf

Monday, July 23, 2012

Sesi Fotografi Majalah Jelita keluaran September 2012


KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR, 18 Julai 2012 bertempat di sekitar kompleks Kraf, Kuala Lumpur sebanyak 10 helai koleksi pakaian songket kontemporari telah dipilih bagi sesi fotografi untuk Majalah Jelita keluaran September akan datang. Semua koleksi yang diperagakan menggunakan kraf tekstil tempatan iaitu tenun dan songket. Koleksi pakaian yang diperagakan merupakan hasil rekaan daripada Pereka Bahagian Rekaan, Kraftangan Malaysia. 


Laporan daripada Aida Zulkaffli, Unit Fesyen
Koleksi gambar ini adalah ikhsan  daripada Majalah Jelita