Friday, December 10, 2010

DIKEHENDAKI SEGERA!!!


SENARAI NAMA PEREKA-PEREKA YANG MASIH BELUM MENGHANTAR
PROFAIL PERIBADI


KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN TERENGGANU
Md. Azrul bin Hussien
Faizul Rashid bin Jaya


KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN PERAK
Mohd Nursalman bin Shahbudin
Rahmi bin Bujang
Zainab binti Salleh


KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN KEDAH
Abdul Gani bin Yob


KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN KELANTAN
Mohd Khairulnizam bin Ramlie
Alias bin Salleh


KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SABAH
Ag. Ismail bin Othman


KRAFTANGAN MALAYSIA CAWANGAN SARAWAK
Hasiah binti Hashim

BENGKEL REKAAN FESYEN DAN OPERASI PENGELUARAN PAKAIAN

BENGKEL REKAAN FESYEN DAN OPERASI PENGELUARAN PAKAIAN
sempena
HARI KRAF KEBANGSAAN 2011

tarikh
26 HINGGA 31 DISEMBER 2010

tempat
KOLEJ UNIVERSITI LAGENDA, MANTIN NEGERI SEMBILAN

penyertaan
28 PESERTA
(6 PEREKA IBUPEJABAT / CAWANGAN & 22 USAHAWAN)

anjuran
UNIT FESYEN BAHAGIAN REKAAN, IBUPEJABAT
IIII
urusetia
PUSAT REKAAN KRAF, BAHAGIAN REKAAN, IBUPEJABAT

Wednesday, December 8, 2010

BENGKEL REKAAN DAN OPERASI PENGELUARAN PRODUK TEKSTIL

BENGKEL REKAAN DAN OPERASI PENGELUARAN PRODUK KRAF TEKSTIL
sempena
HARI KRAF KEBANGSAAN 2011
tarikh
12 HINGGA 15 DISEMBER 2010
tempat
HOTEL RIDEL KOTA BHARU, KELANTAN
penyertaan
39 PESERTA
(13 PEREKA IBUPEJABAT / CAWANGAN & 26 USAHAWAN)
anjuran
UNIT TEKSTIL
BAHAGIAN REKAAN, IBUPEJABAT
urusetia
PUSAT REKAAN KRAF, BAHAGIAN REKAAN, IBUPEJABAT
objektif
MEMPELBAGAIKAN KOLEKSI DAN VARIASI PILHAN REKA CORAK YANG
LEBIH DINAMIK
 

Tuesday, November 30, 2010

Monday, November 29, 2010

PROGRAM TEAM BUILDING ANGGOTAKERJA KRAFTANGAN MALAYSIA
tarikh
19 - 21 DISEMBER 2010
tempat
CENTURY PINES RESORT, CAMERON HIGHLAND
penyertaan
49 PESERTA
anjuran
PUSAT REKAAN KRAF, BAHAGIAN REKAAN, IBUPEJABAT
dengan kerjasama
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, IBUPEJABAT

Monday, November 1, 2010

Bengkel Pembangunan Rekabentuk Kraf Logam


Pada 28 hingga 30 Oktober 2010 yang lalu Unit Logam Bahagian Rekaan, Kraftangan Malaysia telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Rekabentuk Kraf Logam sempena Hari Kraf Kebangsaan 2011 di Felda Residence, Kuala Terengganu. 

Bengkel ini bertujuan menghasilkan rekaan-rekaan produk logam yang berasaskan kehendak pasaran dan tertumpu kepada hiasan rumah serta cenderamata korporat. Selain itu, bengkel ini dapat memberi pendedahan kepada pereka dan usahawan untuk bekerjasama dalam janaan idea bagi penghasilan rekaan produk Tembaga, Pewter dan Perak.

 
Pengarah Bahagian Rekaan, En Yusak b. Mahamud merasmikan Bengkel Rekabentuk Kraf Logam.


Pengarah PKKM Caw. Terengganu En. Zahir dan Ketua Unit Logam, En. Yunus memberi penerangan berkaitan Bengkel Pembangunan Rekabentuk Kraf Logam kepada peserta.

 
Pereka dan usahawan bersama-sama berbincang untuk mengeluarkan idea dan menghasilkan rekaan.

Wednesday, October 20, 2010

BENGKEL PEMBANGUNAN REKABENTUK KRAF LOGAM
sempena
HARI KRAF KEBANGSAAN 2011
tarikh
28 HINGGA 30 OKTOBER 2010
tempat
FELDA RESIDENCE, KUALA TERENGGANU
penyertaan
26 PESERTA
(12 PEREKA IBUPEJABAT / CAWANGAN & 14 USAHAWAN)
anjuran
UNIT LOGAM
BAHAGIAN REKAAN, IBUPEJABAT
sasaran
PRODUK HIASAN RUMAH DAN CENDERAMATA KORPORAT

Friday, October 15, 2010

PROMOSI KRAF HASIL RIMBA 2010


Konsep produk Waste to Wealth merupakan menifestasi daripada perubahan gaya hidup masyarakat hari ini mementingkan keseimbangan alam sekitar dan kitar semula. Selain itu juga masyarakathari ini masih mengekalkan ciri-ciri budaya tempatan yang terdapat didalam seni kraf tradisional. Secara asasnya konsep ini telah lama dipraktikkan oleh generasi terdahulu dalam mengaplikasikan sumber alam dalam kegunaan harian. Sebagai contoh penggunaan upih pinang sebagai gayung dan tempurung kelapa sebagai senduk. Bahan terbuang ini bukan sahaja diubah kepada kegunaan harian malah ianya dihias cantik (nilai estetika) supaya kelihatan lebih menarik dari bentuk asalnya. Konsep pameran Contemporary Craft for Lifestyle untuk produk ini adalah sejajar dengan gaya hidup masyarakat Malaysia hari ini yang sentiasa selari dengan perubahan gaya antarabangsa. Kesesuaian produk dan gaya penampilan perlu disesuaikan supaya produk kraf hasil rimba yang dihasilkan adalah berkualiti dan tidak keterlaluan dari segi padanan rupa, bentuk dan warna.

Thursday, September 30, 2010

PROMOSI KRAF SERAMIK 2010


 “ Retro “ adalah konsep yang digunakan dalam pembangunan reka bentuk produk bagi Promosi Kraf Seramik 2010. Tema yang digunakan adalah “Transformasi Seramik Tradisional Dalam Kehidupan Moden”. Ia menggabungkan idea asas retro iaitu bentuk-bentuk yang geometric dan penggunaan motif yang berulang.
‘Retro art’ adalah satu aliran gaya yang berasal dari aliran ‘pop art’ yang telah membangun pada tahun 40an dan 50an, kebanyakkan seni yang dihasilkan berbentuk ‘berani’ dari segi warna dan bentuk , dan hasil seni yang dibuat dapat menarik pandangan orang yang melihat, (‘eye catchy’).

Thursday, September 2, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri
2010/1431H


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin daripada warga Bahagian Rekaan diucapkan kepada semua warga Kraftangan Malaysia, semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan dan dilindungi oleh-Nya. 

Pulang beraya bersama si Dia,
Ketupat rendang dah terbayang2 kat mata,
 Duka sengketa lupakan saja,
Nikmatilah keberkatan di Hari Raya

Kehulu kehilir dengan van kita,
Singgah kat kg pandan makan keria,
Berhati-hatilah semasa memandu ya,
Semoga kita semua selamat tiba

Hari Raya hampir tiba,
Tapi kerja tetap berjela-jela,
Aidilfitri bulan yang mulia,
Sama-samalah kita meraikannya