Tarikh : 25 Jun 2012
Hari : Isnin
Masa : 2.30 petang hingga 5.30 petang
Tempat : Pusat Rekaan Kraf
Tenaga Pengajar
Puan Zura Mustaffa, Secret Garden Enterprise
Monday, June 25, 2012
Peragaan Fesyen sempena Promosi Kerja Kahwin 2012
KOMPLEKAS KRAF KUALA LUMPUR, 24 Jun 2012 Bahagian Rekaan Kraftangan Malaysia telah
memperagakan koleksi pakaian bersempena dengan Promosi Kerja Kahwin 2012 yang
bertempat di Seri Panggung pada jam 3.00 petang.
Tuesday, June 19, 2012
Pusat Rekaan Kraf, Bahagian Rekaan
PROGRAM PUSAT REKAAN KRAF, BAHAGIAN REKAAN
SEMPENA
PROMOSI KERJA KAHWIN 2012
TARIKH :
25 - 27 JUN 2012
Monday, June 18, 2012
Makmal Rekabentuk Teknikal Under/On Glaze dan Kemasan Decal
BAHAGIAN REKAAN – Pada 12-15 Jun 2012, Unit Seramik, Bahagian Rekaan Ibu
Pejabat dengan kerjasama Unit Rekaan Kraftangan Malaysia Cawangan Perak telah
mengadakan Makmal Rekabentuk Under/On Glaze dan Kemasan Decal bersempena dengan
promosi yang akan diadakan sepanjang tahun 2012 yang bertempat di Kraftangan
Malaysia Cawangan Perak. Seramai 13 orang pereka kraf dan 11 usahawan yang
terdiri daripada Negeri Sarawak, dan Perak telah mengikuti makmal ini.
Makmal
Rekaan ini bertujuan untuk memperkenalkan rekaan baru yang dapat memperlihatkan
kreativiti serta dapat meningkatkan ekonomi pengusaha seramik. Makmal ini juga
bertujuan memberi pendedahan kepada pengusaha tentang idea dan kreativiti dalam
menghasilkan rekaan yang dapat memenuhi keperluan melalui penggunaan bahan dan
teknik pengeluara pasaran semasa.
Friday, June 15, 2012
Makmal Rekaan Fesyen Komersial Sempena Kraf Aidilfitri 2012
BAHAGIAN REKAAN - Pada 12 - 15 Jun 2012, Unit Fesyen, Bahagian Rekaan Ibu Pejabat telah mengadakan Makmal Rekaan Fesyen Komersial Sempena Promosi Kraf Aidilfitri bagi tahun 2012 yang bertempat di Impiana Resort Cherating, Pahang. Seramai 9 orang pereka kraftangan dan 36 usahawan daripada Selangor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kedah dan Perak telah mengikuti makmal ini.
Makmal Rekaan ini bertujuan mengetengahkan produk bagi golongan generasi muda dan pakej untuk satu keluarga bagi pasaran Kraf Aidilfitri. Selain daripada itu makmal ini juga bertujuan untuk mempromosikan produk kraf Malaysia khususnya produk batik, tenun & sulaman melalui rekaan fesyen aidilfitri masa kini dengan mengetengahkan rekacorak dan kepelbagaian fungsi untuk memenuhi kehendak pasaran semasa.
Ucapan pembukaan oleh ketua penyelaras makmal iaitu Puan Hajah Rodziah Md Yusoff
Sesi penyerahan pola rekaan kepada usahawan.
Sesi perletakan motif pada pola rekaan
Sesi perletakkan pola pada kain
Tuesday, June 12, 2012
UNIT FESYEN : Peragaan Fesyen sempena Belilah Barangan Malaysia 2012
BAHAGIAN REKAAN 8 Jun 2012 - Unit Fesyen, Bahagian Rekaan Kraftangan Malaysia telah mengadakan satu peraagan fesyen baru-baru ini. Penganjuran peragaan fesyen ini diadakn bersempena dengan Promosi Belilah Barangan Malaysia 2012 bertempat di Putra Wolrd Trade Centre (PWTC) di Kuala Lumpur.
Sebanyak 12 pasang busana batik telah diperagakan. Kesemua busana ini adlah koleksi-koleksi pereka-pereka Kraftangan Malaysia. - AIDA ZULKAFFLI
Friday, June 8, 2012
Makluman-Makmal Teknikal Kemasan On/Under Glaze dan Aplikasi Decal 2012
Tarikh : 11-15 Jun 2012
Tempat : Kraftangan Malaysia Cawangan PerakObjektif
- Memperkenalkan rekaan baru yang dapat memperlihatkan kreativiti serta dapat meningkatkan ekonomi pengusaha seramik.
- Memberi pendedahan kepada pengusaha tentang idea dan kreativiti dalam menghasilkan rekaan yang dapat memenuhi keperluan melalui penggunaan bahan dan teknik pengeluaran pasaran semasa.
Monday, June 4, 2012
UNIT FESYEN : Pencarian Gadis Jelita 2011
BAHAGIAN REKAAN 2 Jun 2012 - Berita Publishing telah mengadakan peragaan fesyen bagi Pencarian Gadis Jelita 2011 ( PGJ 2011 ) peringkat akhir bertempat di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur pada 2 Jun 2012 baru-baru ini. PGJ 2011 ini dimulakan kira-kira pada jam 3:30 petang. Kesemua peserta yang terdiri daripada 12 orang dari seluruh negara, telah memperagakan 12 koleksi evening dress songket rekaan Puan Hajah Rodziah Mohd Yusof ( pereka Bahagian Rekaan di Kraftangan Malaysia ). Kepada semua pemenang sekalung ucapan tahniah diucapkan. - AIDA ZULKAFFLI
Mesyuarat Persembahan Rekaan Bil. 11/2012
Tarikh : 6 Jun 2012 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Pusat Rekaan Kraf
Subscribe to:
Posts (Atom)












